KUALA LUMPUR 17 Dis. – Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan
orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih
terjamin dan sukar untuk jatuh.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin
kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa
berubah-ubah.
Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan
teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.
“Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk
mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili
nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.
“Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu
sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan
ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini,” katanya.
Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas
bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira
AS$1,400 (RM4,390.40).
Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan
emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut
keuntungan.
Nota: Simpanan emas memang sangat digalakkan. Pakar ekonomi
pun ramai dah menyarankan perkara ini. Adalah satu kerugian jika anda tidak
bertindak sekarang. Harga emas semakin hari semakin naik dan segeralah ambil
peluang ini. Hubungi saya untuk mendapatkan emas serta khidmat nasihat cara
simpanan dan pelaburan emas. Saya juga sedang mencari agen yang berminat
membuat keuntungan dari perniagaan jual beli emas jika berminat anda boleh
hubungi saya di no 019-9730724 (Dealer Kelantan
Gold)
No comments:
Post a Comment